Beza Emas 916 VS 999

Jom tengok apa bezanya. Agak2 apa pilihan yang tepat

beza emas 916 dan 999

Kadang2 kita niat nak invest/ melabur. Tapi tak tahu mana pilihan yang tepat. Tertanya2 jugakan apa kelebihan setiap emas tu dan apa perbezaanya. 

Jadi ieja sharekan perbezaannya supaya kita boleh tau yang mana pilihan yang terbaik untuk kita.

Jadi yang macam ieja ni, yang tak suka pakai barang kemas, tapi ada hati nak menabung akan memilih emas 999 sebab ia lebih bagus untuk pelaburan masa depan. Sebab ada juga barang kemas yang ieja tak pakai sebab ieja tak selesa masa buat keje. Makanya emas perhiasan ieja simpan elok2 je dalam bekas.

Jom tengok lebih detail lagi


CIRI DAN FUNGSI EMAS 999


🌟Emas 24k iaitu emas kelas pertama

🌟Kandungan Emas 99.99%

🌟Merupakan emas tulen yang tidak dicampur dgn benda asing

 lembut 

🌟bersinar-sinar dan lambat pudar

🌟Sesuai untuk PELABURAN / SIMPANAN aset dalam bentuk jongkong atau syiling emas

🌟Peratus SPREAD / SUSUT NILAI RENDAH antara 5% hingga 9%

🌟TIADA UPAH TUKANG (ada premium yang rendah)

🌟Harga  gadaian di ar-Rahnu tinggi


CIRI DAN FUNGSI EMAS 916


 ðŸŒŸEmas 22k iaitu emas kelas ketiga

 ðŸŒŸKandungan emas hanya 91.6% sahaja

 ðŸŒŸEmas bercampur dengan 8.4% logam lain seperti tembaga, zink,   besi

 ðŸŒŸKeras kerana bercampur logam lain sesuai untuk perhiasan.

 ðŸŒŸCepat pudar kerana kurang kandungan emas

 ðŸŒŸSesuai untuk EMAS PERHIASAN tidak sesuai untuk pelaburan

 ðŸŒŸPeratus SPREAD / SUSUT NILAI TINGGI antara 20% hingga 30%

 ðŸŒŸMempunyai UPAH TUKANG YANG TINGGI bergantung kepada design.

 ðŸŒŸHarga gadaian di ar-rahnu rendah


Dapat sesuatu❓mana pilihan uoll

Post a Comment

0 Comments